Sunday, 9 September 2012

Windows 8

Microsoft akan melancarkan sistem  pengoperasian yang baru iaitu Windows 8.

Apakah kelebihannya berbanding Windows 7 bagi  pengguna komersial?


Secara umumnya, sistem pengoperasian  Windows 8 mempunyai kelebihan yang ketara berbanding Windows 7 adalah dari segi aplikasi  pengurusan perkakasan-perkakasan komputer  oleh sistem pengoperasian.

Ia dikendalikan oleh satu sistem yang dikenali  sebagai Windows Metro UI yang membuatkan  perjalanan sistem Windows 8 lebih pantas dan  tersusun.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang  memberi kelebihan kepada para pengguna komersial di sektor pekerjaan yang akan  dibincangkan seterusnya.

1. Windows 8 mempunyai proses but komputer  dengan cara yang lebih cepat, cekap dan  selamat.

Ia mempunyai fungsi Secure Boot yang akan  menghalang proses but komputer daripada objek  yang tidak dibenarkan seperti firmware, sistem  pengoperasian atau driver.

Ia menggunakan sistem but Unified Extensible  Firmware Interface (UEFI) berbanding sistem BIOS  yang digunakan sekarang.

Pengguna mempunyai pilihan untuk tidak  menggunakan fungsi ini tetapi bagi Windows 8  berasakan RT untuk komputer tablet ia  merupakan satu kemestian.

2. Aplikasi Task Manager juga diperbaharui untuk  penggunaan yang lebih cekap dan pantas.

Antaranya ialah dengan adanya satu aplikasi yang  sangat berguna untuk memantau penggunaan  komputer iaitu Resource Monitor. Antara muka  aplikasi ini juga sangat menarik dan mesra  pengguna.

3. Penggunaan multi-monitor bagi komputer yang  lebih cekap, fleksibel dan informatif berbanding  sistem pengoperasian Windows 7 dan  sebelumnya.

4. Penggunaan aplikasi SMB3 yang ditingkatkan.  Aplikasi SMB3 akan mempercepatkan proses  pemindahan fail yang dienkripsi dan  mempercepatkan proses enkripsi itu sendiri.

Terdapat fungsi baru iaitu SMB Multichannel iaitu  membenarkan sistem menggunakan pelbagai  saluran rangkaian komputer dengan lebih baik.

5. Penggunaan aplikasi pemayaan, Hyper-V pada  komputer peribadi dapat dijalankan dengan lebih  baik.

Penggunaan sistem Hypervisor dalam aplikasi  VMWare Workstation dan Virtual Box banyak  digunakan di syarikat-syaarikat.

Aplikasi Hyper-V merupakan aplikasi pemayaan  yang terbaik dan ia perlu disokong oleh pemproses  yang mempunyai ciri Second Layer address  Translation (SLAT).

6. Penggunaan aplikasi Windows To Go untuk  mencapai sistem Windows 8 di mana-mana oleh  mana-mana peralatan yang dibenarkan seperti  melalui pemacu USB dalam sistem Windows 7  dan sebagainya.

Penggunaan konsep dan sistem baru seperti  Windows Metro UI dan UEFI telah meningkatkan  lagi penggunaan Windows 8 yang akan  meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada keperluan  dan kemampuan sesebuah syarikat untuk  menggunakannya.

Microsoft ada menyediakan kemudahan untuk  memuat turun Windows 8 di laman webnya untuk  para pengguna menguji sistem tersebut.

No comments: