Korang ingat tak hampir 20 tahun dahulu pada Oktober 1992, ade
sekumpulan 200 orang pelajar dan guru-guru dari sekolah agama di Klang
telah ramai-ramai, mendakwa, nampak gumpulan awan aneh di langit. Okay,
the drilz can be seen below. Kejadian gumpalan awan aneh ini bukan
perkara baru, aku rase ramai yang dah tau pasal bende tu. ia boleh jadi
sesuatu yang kebetulan dan juga kita sebagai orang Islam pikir , itu ada
kuasa Allah untuk menujukkan kepada manusia akhir zaman yang dah banyak
menyimpang dari jalan yang benar.
Ok fine, tapi pembentukan awan-awan ini memang sangat pelik. Terlalu
pelik, ia bangaikan satu novel yang mempunyai bab-bab dari saat manusia
lahir hinggalah seksaan di akhirat. Saya tak cakap bende ini tak mungkin
berlaku, tapi tak juga nafikan yang perkara ini boleh di tipukan. Betul
tak?
![Gambar Aneh di Langit Gambar Aneh di Langit](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tgrqy_lXnCWWYhp7hpKgZD5Qg5HlN4i-1_ax5F09Nm2WIBWsTMAy6sZ3ZCksnRQpqtzyNwb64AadzfGtrJoxtPAwFKrrus-jJjqCzGs0ljcln9BZvXaEWT1N6sbtcG1vFg7BnfzF5j-vy4Upc=s0-d)
So
di atas ini adalah bentuk-bentuk awan yang terbentuk yang mereka dakwa
dorang nampak la. Aku teringat time aku baru darjah 1 memang takut gile
kan bile bebende ni jadi. Banyak bende yang berlaku di Klang terjadi
lepas tu, bukan bende aneh tapi orang-orang yang betapa taksub nya
dengan bendealah ini, sehinggakan Mufti Selangor pun siap buat sidang
media untuk memberitahu perkara ini. Apa yang aku bace few weeks ago:-
- Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah
melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan
bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan
saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam
sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.
- Ada gambar-gambar awan aneh ini dijual dan pihak ambil kesempatan
- Ada yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam!! gile ke ape sampai ke sini ramalan mereka.
- Kutipan derma kilat dibuat untuk membuat 3 buah kapal besar!!! Whatt
theeee!!!! Dan mereka yang terpengaruh dengan cerita ini telah berjaya
menyiapkan 3 buat kapal.. (need citation)
- Akhirnya, Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri
(BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan
bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan
![objek-di-langit-1](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sYbvQJ-xW1LMLjqTfYGuL5eTrVq4e5rYjt0Bg4tpvPde7N-kxAutiwKX2NLRni3dQR9-1kIxaKd2buuJfE-ocpd7Ba4-VB-MBc2CAkNh-tzzdv5C7B2mt2ZT4A2-gBbQbzRbzXVkGuz1TWrvo=s0-d)
Keratan Berita 1992 Mengenai Objek Aneh Dari Langit
So apa pendapat korang, maksud aku, betul ke perkara ini bebetul
bebetul berlaku? kalau ada sesapa sini yang bebetul nampak bende ini
sila tampil berikan penjelasan!! Kerana aku masih boleh accept the fact
that this really happened.
No comments:
Post a Comment