Makanan Yang Berbahaya
Ada
beberapa makanan yang boleh dikatakan bahaya untuk dimakan kerana
sumbernya memang bahaya jika tersalah makan. Antaranya adalah:
1. Fugu @ Ikan Buntal
Masyarakat Jepun sudah lama memakan fugu iaitu sejenis ikan buntal sejak
turun temurun. Ianya sangat merbahaya untuk dimakan kerana mengandungi
racun tetrodoxine yang mana ianya boleh menyebabkan lumpuh dan masalah
pernafasan. Jika ianya tidak disediakan mengikut prosedur yang betul,
ianya boleh membunuh. Tukang masak di Jepun harus mempunyai sijil atau
lesen dan menerima latihan selama tiga tahun untuk mengendalikan fugu.
Dan fakta paling menarik, tiada penawar bagi racun ikan ini.
2. Sannakji @ Sotong Kurita Hidup
Setiap tahun, dianggarkan 6 orang mati akibat memakan Sannakji. Ini
adalah kerana memakan Sannakji hidup-hidup boleh menyebabkan sotong itu
melekapkan diri pada tekak dan para pemakannya boleh tercekik.
3. Casu Marzu
Casu Marzu sebenarnya adalah sejenis cheese yang terdapat di Sardinia,
Itali. Ianya diperam secara terbuka bagi mempercepatkan proses
penapaian. Apabila ianya terdedah, serangga seperti lalat dengan senang
hati bertelur di dalam cheese ini. Ada yang mengatakan, telur dan larva
lalat itu boleh menambahkan perisa kepada cheese ini. Dan cheese ini
dimakan bersama-sama larva lalat. Yang bahayanya, jika anda tidak
mengunyah dengan betul, larva lalat yang masih hidup boleh memakan usus
anda dan menyebabkan anda muntah dan kejang otot.
4. Acckee Plant
Buah ini memang terkenal di Jamaica. Malah merupakan salah satu
makanan yang menjadi simbol kebudayaan disana. Akan tetapi, anda perlu
berhati-hati semasa memakannya. Ini adalah kerana ia hanya boleh memakan
bahagian warna kuning di dalam buah itu. Bahagian merah dan hitam itu
boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah dan menyebabkan kekejuran.
Sesiapa yang berani bolehlah cuba makanan ni, ingat kalau tersilap masak NAHAS jawapnya..so, fikir sebelum makan..
No comments:
Post a Comment