![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiO5kFYCnimmrkHuWO6kqL88xf3KGg2GbKTEFh2qYnWOwjLoY8mtKex2CKP6FJZNLBpfC_0DGqY2if6bY1X9cOmd-Bi93b7-YXfpGmKwtXpOkPPQOYWcNry9H4676CsoLJei-tkONI6ni2-/s200/anwar.jpg)
70an berlaku perarakan dimerata tempat seperti Sik, Baling dan
sebagainya. Tetapi ianya lebih kepada terpengaruh dengan hasutan
pihak-pihak tertentu yang rakyat sangat sengsara. Rakyat kebuluran
kerana tiada beras dan sebagainya. Tetapi apabila pendema dijamu dengan
roti kering dan air, mereka memijak-mijaknya. Ini bermakna tiada berlaku
kebuluran kerana pendemo masih boleh memilih makanan yang lebih sedap
untuk mereka.
Kini siri drama mei 13 dan perarakan 70an diulang kembali oleh
mereka-mereka yang tidak pernah merasapun keadaan pada waktu itu. Mereka
hanya dengar dari idola mereka dengan versi yang berlainan. Versi yang
menguntungkan mereka. Walhal versi marhein dilupakan.
Apa yang berlaku di Libya, Tunisia dan Syria adalah hampir serupa dengan
Mei 13. Satu pihak mendapat kuasa dan mula berarak kemerata tempat
meraikan sambil menghina kumpulan yang lain.
Perbuatan ini sudah tentu akan membawa kepada pergaduhan. Ini ditambah
pula dengan unsur-unsur luar yang senantiasa menghasut. Maka tragedi
berdarah mungkin berlaku.
Apakah kita ingin hidup dalam ketakutan dan pergaduhan? Tepu dada tanya iman.
PAKATAN RAKYAT MAHU ULANGI TRAGEDI 13 MEI
Pada perayaan sambutan kemerdekaan ke 55 tahun, pembangkang benar-benar menampakkan belang mereka sebenar.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOFVKbGKypKs0Ch3zHcST25xOyf3sGu1apYE5HwPOI-FtjRCfDs0MGrLZx_biAPHBE2fH61NBYzLlxZ6U-LlWplwQP9pD1cTPeufn-7QwN1vkjf9HWHohJiWXvg1ygDzptH3bQEmSzKtVd/s200/may1.jpg)
Ini dibuktikan dengan tindak tanduk biadap penyokong pembangkang
memijak-mijak gambar Perdana Menteri dan melakukan aksi yang sungguh
mengaibkan kepada gambar pemimpin utama negara.
Tidak cukup dengan itu, penyokong pembangkang yang bertindak liar dan
seolah-olah sudah hilang pertimbangan yang rasional telah menghina
gambar isteri Perdana Menteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.
Seperti perhimpunan haram Bersih 1.0 dan 2.0, himpunan Janji
Demokrasi pada ambang 31 Ogos lalu telah dieksploitasi sepenuhnya oleh
pembangkang untuk mempengaruhi golongan muda untuk bertindak di luar
batas undang-undang.
Golongan muda telah dijadikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai balaci untuk menjalankan politik kotor mereka.
Ini termasuk mengibarkan bendera baru bagi Malaysia ciptaan pembangkang yang mereka panggil Sang Saka Malaya.
Tindakan tersebut terang-terang boleh ditakrif sebagai menentang Seri
Paduka Yang Di Pertuan Agung kerana bendera Jalur Gemilang adalah
lambang kedaulatan negara dan simbol Ketua Negara Malaysia.
Di Selangor, Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim lebih tinggi kedudukan daripada Sultan yang bersemayam di
takhta.
Tidakkah ini membawa maksud jelas bahawa jika berkuasa antara perkara
yang dipertama akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah menghapuskan
institusi raja-raja Melayu.
Tindakan tidak menjemput Sultan Selangor pada sambutan kemerdekaan
serta membenarkan Anwar berucap walaupun beliau hanya Penasihat Ekonomi
yang bergaji RM1, jelas membayang tragedi ngeri yang bakal menimpa
negara jika pembangkang dibenarkan memerintah.
Walaupun pemimpin pembangkang dari PKR, PAS dan DAP berpura-pura
kononnya tidak tahu menahu mengenai tindakan peserta Janji Demokrasi
serta menafi terbabit, Pakatan Rakyat tidak lagi boleh berselindung
bahawa merekalah dalang sebenar.
Pembangkang sudah tidak ada jalan lain lagi untuk menfitnah Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.
Semua fitnah dan tohmahan tidak memberi apa-apa kesan, malah jika
dilihat daripada lebih 150,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Bukit
Jalil, pembangkang berada keadaan yang amat tertekan dan panik.
Kini taktik pembangkang hanyalah satu iaitu mencetus kekecohan, rusuhan jalanan dan memporak-perandakan negara.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsvCDFZfDiOKv5vIsn3f17yB930SOwp87I3H8TyYCPCn_VfHvBwSPKijsH53P5x_SiLvPNYJSpbxCb-gvKy3UQIJ3AfVrATqDzXzcfYxVkGjLEMIBqrucWpoiluY9_dgPpjGIhlYlt_k4y/s200/may3.jpg)
Daripada membimbing generasi muda ke arah jalan yang menguntungkan
negara, pembangkang memilih untuk merosakkan pemikiran dan minda mereka.
Tidak lain tidak bukan ini semuanya adalah perancangan rapi Anwar
untuk mengambil alih pemerintahan negara dengan menukarnya kepada sistem
republik.
Anwar mahu mengapi-apikan emosi golongan pelajar dan muda supaya
bertindak ganas melakukan revolusi seperti yang berlaku di Indonesia,
Thailand dan Filipinan semasa krisis kewangan yang melanda rantau Asia
Tenggara pada 1998 dahulu.
Bukankah beliau pernah berkata seperti mana 'Arab Spring' yang
menjatuhkan pemerintahan di Tunisia, Mesir dan Libya, beliau juga
menjangkakan 'Malaysian Spring' akan juga berlaku di negara ini.
Apa yang berlaku di persekitaran Dataran Merdeka pada malam menjelang
31 Ogos lalu adalah amat menakutkan kerana ia menandakan senario yang
lebih dahsyat sekiranya perkembangan membimbangkan ini tidak dibendung
segera.
Apakah rakyat akan melihat keadaan yang yang lebih kecoh dan huru hara semasa kempen PRU ke 13 nanti?
Pembangkang tahu rakyat kini tidak menyebelahi mereka lagi kerana tembelang busuk mereka telah pecah.
Jadi untuk memastikan impian ke Putrajaya tidak terbantut dan
cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak terkubur, Anwar dengan bantuan
dana serta media asing akan berusaha untuk menggambarkan imej buruk
terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walau bagaimanapun ada rahmat disebalik apa yang berlalu pada malam 31 Ogos tersebut.
Rakyat kini sedar dan insaf sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat
pada PRU nanti, tidak ada jaminan pembangkang tidak akan menindas
hak-hak mereka pula.
Pembangkang hanya menggunakan rakyat sebagai jalan pintas ke Putrajaya namun ingatlah pepatah Melayu, habis madu sepah dibuang.
No comments:
Post a Comment