Tuesday 30 July 2013

Kerja Kursus Pengajian Am Semester 2

4.0       KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah kajian dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang kepentingan kedai runcit kepada masyarakat  dan cabaran terhadap peniaga kedai runcit di . Antaranya kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan rujukan.
a)      Pemerhatian
Pemerhatian digunakan sebagai salah satu alternatif ketika menjalankan kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah di lokasi kajian iaitu .Sepanjang Januari hingga Februari 2013.Sepanjang pemerhatian selama sebulan, kajian mendapati bahawa perniagaan runcit di penting terhadap masyarakat sekitarnya.
b)      Temu Bual
Temu bual merupakan salah satu kaedah yang penting dalam setiap kajian. Kajian ini juga melibatkan beberapa sesi temu bual. Temu bual yang dijalankan adalah secara tidak formal.Ia melibatkan peniaga dan masyarakat di kampung tersebut.Temu bual dijalakan dengan menggunakan seramai 5 orang peniaga dan masyarakat.Daripada apa yang disoal, saya didapati perniagaan runcit ini penting bagi masyarakat sekitarnya dan peniaga menghadapi beberapa masalah utama.Soalan yang disoal dilampirkan pada lampiran.
c)      Soal Selidik
Soal selidik merupakan kaedah penting dalam melakukan kajian. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah utama perniagaan runcit dan kepentingan perniagaan runcit terhadap masyarakat di ,ia melibatkan beberapa segi.Soal selidik yang dilakukan adalah secara tidak formal.Ia melibatkan peniaga dan masyarakat .Seramai 30 orang peniaga dan masyarakat yang diperlukan untuk disoal selidik bagi menddapatkan maklumat


Monday 25 March 2013

Maksud Telinga Berdesing



Menurut riwayat Ibnu Sunni, bahawa NABI MUHAMMAD s.a.w bersabda :
"Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah kepada aku.Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR" (Rujuk Al-Azakar: 133)
Kejadian telinga berdesing memang sering terjadi sebab itu NABI MUHAMMAD s.a.w mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing atau berdengung supaya berselawat kepadanya dan membaca doa : ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud "ALLAH SWT mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikkan."
Kalau berdasarkan keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan dari ALLAH SWT kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.Apakah isyarat dan peringatan yang hendak disampaikan oleh ALLAH SWT, itu tidak dapat kita kenal pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.

Amalan kita ibarat benih pokok, jika kita selalu mengingatiNya serta beramal maka benih itu akan tumbuh subur, dedaun akan merimbun. Mana kala jika kita sering leka dan lalai mengingatiNya maka dedaun itu akan gugur satu persatu. Seumpama lebat dedaun iaitu amalan kita, dedaun keguguran bererti dosa-dosa kita.


Astronomi Tahun 2013





FENOMENA langit yang akan berlaku sepanjang tahun 2013 pasti menarik perhatian pencinta dunia astronomi terutamanya mereka yang sering mencari peluang untuk merakam momen terbaik kejadian alam tersebut.

Antaranya termasuklah juraian pelbagai jenis meteor, gerhana bulan separa, pergerakan planet, asteroid melintasi Bumi dan kehadiran komet yang berada dalam senarai panjang Almanak.

Menurut Presiden Kelab Astronomi Amatur Malaysia (KAAM), Shahrin Ahmad, almanak merupakan satu set senarai fenomena langit yang telah direkod akan berlaku pada tahun ini.

“Kesemua fenomena itu boleh dikira dengan tepat tarikh dan waktu kejadiannya kerana pergerakan objek di angkasa seperti matahari, bulan dan planet sentiasa berada pada kedudukan yang sempurna.

“Bayangkan, kita boleh mengira kedudukan waktu hilal anak bulan atau lokasi berlakunya gerhana matahari dan negara yang terlibat dengan spesifik. Semua kecantikan dan kesempurnaan kejadian langit itu diatur Allah SWT.

“Disebabkan itu, melalui senarai almanak yang dibuat, kita boleh merancang perkara yang hendak dilakukan dalam menghayati keindahan fenomena tersebut dengan cara merakam gambar, video dan sebagainya,” ujar Shahrin yang juga merupakan pengasas portal dalam talian, FalakOnline yang memaparkan pelbagai maklumat astronomi sama ada dari dalam mahu pun luar negara.

Tambah Shahrin, kebanyakan fenomena langit yang menjadi tumpuan adalah melibatkan kedudukan bulan dengan planet. Maklumat itu biasanya kurang diketahui masyarakat yang tidak mendalami bidang astronomi atau falak.

“Sebagai contoh, pada satu malam, kita dapat melihat bulan penuh. Di sebelahnya pula terdapat sebutir bintang yang bersinar terang. Bagi orang awam, mereka pasti menganggap ia hanya sebutir bintang seperti gugusan bintang lain yang ada.

“Namun, hakikatnya bintang terang yang dapat dilihat itu merupakan sebuah planet seperti Zuhal atau Musytari. Itu antara ilmu yang boleh dipelajari jika mereka mengikuti kalendar almanak yang telah disediakan,” jelas Shahrin yang berpengalaman dalam dunia astronomi tempatan selama dua dekad.

Selain itu, masyarakat di Malaysia boleh menyaksikan fenomena meteor turun ke Bumi yang akan berlaku pada bulan-bulan tertentu atau disebut juga sebagai bermusim.

Selepas juraian meteor Quadrantids pada 3 dan 4 Januari lalu dengan kadar 40 meteor dalam tempoh satu jam (40/sejam), terdapat juga meteor Eta Aquarids pada bulan Mei (10/sejam), Perseids (Ogos, 60/jam), Orionids (Oktober, 20/sejam), Leonids (November, 40/sejam) dan Geminids (Disember, 60/sejam).

“Tahun ini juga peristiwa Istiwa’ matahari di atas Kaabah akan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. Kedua-duanya terjadi tepat pukul 5.28 petang waktu tempatan.

“Melalui fenomena ini iaitu kedudukan matahari berada tegak di atas Kaabah di Masjidil Haram, Mekah, ia akan memudahkan dan memberi peluang kepada umat Islam memeriksa kembali arah kiblat yang betul di lokasi masing-masing,” terang Shahrin lagi.

Hampir kesemua fenomena langit yang akan berlaku sepanjang tahun ini boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu kepada peralatan astronomi seperti binokular atau teleskop.

Bagaimanapun, di lokasi tertentu faktor cuaca dan pencahayaan memainkan peranan dalam menentukan sama ada kejadian itu boleh dilihat dengan baik atau sebaliknya.

Sila rujuk jadual almanak Astronomi agar kita bersedia untuk melihat perkara menarik yang akan berlaku sepanjang 2013.