Saturday 13 October 2012

26 objek aneh di langit

Korang ingat tak hampir 20 tahun dahulu pada Oktober 1992, ade sekumpulan 200 orang pelajar dan guru-guru dari sekolah agama di Klang telah ramai-ramai, mendakwa, nampak gumpulan awan aneh di langit. Okay, the drilz can be seen below. Kejadian gumpalan awan aneh ini bukan perkara baru, aku rase ramai yang dah tau pasal bende tu. ia boleh jadi sesuatu yang kebetulan dan juga kita sebagai orang Islam pikir , itu ada kuasa Allah untuk menujukkan kepada manusia akhir zaman yang dah banyak menyimpang dari jalan yang benar.
Ok fine, tapi pembentukan awan-awan ini memang sangat pelik. Terlalu pelik, ia bangaikan satu novel yang mempunyai bab-bab dari saat manusia lahir hinggalah seksaan di akhirat. Saya tak cakap bende ini tak mungkin berlaku, tapi tak juga nafikan yang perkara ini boleh di tipukan. Betul tak?
Gambar Aneh di LangitSo di atas ini adalah bentuk-bentuk awan yang terbentuk yang mereka dakwa dorang nampak la. Aku teringat time aku baru darjah 1 memang takut gile kan bile bebende ni jadi. Banyak bende yang berlaku di Klang terjadi lepas tu, bukan bende aneh tapi orang-orang yang betapa taksub nya dengan bendealah ini, sehinggakan Mufti Selangor pun siap buat sidang media untuk memberitahu perkara ini. Apa yang aku bace few weeks ago:-
  • Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.
  • Ada gambar-gambar awan aneh ini dijual dan pihak ambil kesempatan
  • Ada yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam!! gile ke ape sampai ke sini ramalan mereka.
  • Kutipan derma kilat dibuat untuk membuat 3 buah kapal besar!!! Whatt theeee!!!! Dan mereka yang terpengaruh dengan cerita ini telah berjaya menyiapkan 3 buat kapal.. (need citation)
  • Akhirnya, Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan
Keratan Berita 1992 Mengenai Objek Aneh Dari Langit
So apa pendapat korang, maksud aku, betul ke perkara ini bebetul bebetul berlaku? kalau ada sesapa sini yang bebetul nampak bende ini sila tampil berikan penjelasan!! Kerana aku masih boleh accept the fact that this really happened.

No comments: