Tuesday 30 July 2013

Kerja Kursus Pengajian Am Semester 2

4.0       KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah kajian dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang kepentingan kedai runcit kepada masyarakat  dan cabaran terhadap peniaga kedai runcit di . Antaranya kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan rujukan.
a)      Pemerhatian
Pemerhatian digunakan sebagai salah satu alternatif ketika menjalankan kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah di lokasi kajian iaitu .Sepanjang Januari hingga Februari 2013.Sepanjang pemerhatian selama sebulan, kajian mendapati bahawa perniagaan runcit di penting terhadap masyarakat sekitarnya.
b)      Temu Bual
Temu bual merupakan salah satu kaedah yang penting dalam setiap kajian. Kajian ini juga melibatkan beberapa sesi temu bual. Temu bual yang dijalankan adalah secara tidak formal.Ia melibatkan peniaga dan masyarakat di kampung tersebut.Temu bual dijalakan dengan menggunakan seramai 5 orang peniaga dan masyarakat.Daripada apa yang disoal, saya didapati perniagaan runcit ini penting bagi masyarakat sekitarnya dan peniaga menghadapi beberapa masalah utama.Soalan yang disoal dilampirkan pada lampiran.
c)      Soal Selidik
Soal selidik merupakan kaedah penting dalam melakukan kajian. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah utama perniagaan runcit dan kepentingan perniagaan runcit terhadap masyarakat di ,ia melibatkan beberapa segi.Soal selidik yang dilakukan adalah secara tidak formal.Ia melibatkan peniaga dan masyarakat .Seramai 30 orang peniaga dan masyarakat yang diperlukan untuk disoal selidik bagi menddapatkan maklumat


Monday 25 March 2013

Maksud Telinga Berdesing



Menurut riwayat Ibnu Sunni, bahawa NABI MUHAMMAD s.a.w bersabda :
"Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah kepada aku.Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR" (Rujuk Al-Azakar: 133)
Kejadian telinga berdesing memang sering terjadi sebab itu NABI MUHAMMAD s.a.w mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing atau berdengung supaya berselawat kepadanya dan membaca doa : ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud "ALLAH SWT mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikkan."
Kalau berdasarkan keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan dari ALLAH SWT kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.Apakah isyarat dan peringatan yang hendak disampaikan oleh ALLAH SWT, itu tidak dapat kita kenal pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.

Amalan kita ibarat benih pokok, jika kita selalu mengingatiNya serta beramal maka benih itu akan tumbuh subur, dedaun akan merimbun. Mana kala jika kita sering leka dan lalai mengingatiNya maka dedaun itu akan gugur satu persatu. Seumpama lebat dedaun iaitu amalan kita, dedaun keguguran bererti dosa-dosa kita.


Astronomi Tahun 2013





FENOMENA langit yang akan berlaku sepanjang tahun 2013 pasti menarik perhatian pencinta dunia astronomi terutamanya mereka yang sering mencari peluang untuk merakam momen terbaik kejadian alam tersebut.

Antaranya termasuklah juraian pelbagai jenis meteor, gerhana bulan separa, pergerakan planet, asteroid melintasi Bumi dan kehadiran komet yang berada dalam senarai panjang Almanak.

Menurut Presiden Kelab Astronomi Amatur Malaysia (KAAM), Shahrin Ahmad, almanak merupakan satu set senarai fenomena langit yang telah direkod akan berlaku pada tahun ini.

“Kesemua fenomena itu boleh dikira dengan tepat tarikh dan waktu kejadiannya kerana pergerakan objek di angkasa seperti matahari, bulan dan planet sentiasa berada pada kedudukan yang sempurna.

“Bayangkan, kita boleh mengira kedudukan waktu hilal anak bulan atau lokasi berlakunya gerhana matahari dan negara yang terlibat dengan spesifik. Semua kecantikan dan kesempurnaan kejadian langit itu diatur Allah SWT.

“Disebabkan itu, melalui senarai almanak yang dibuat, kita boleh merancang perkara yang hendak dilakukan dalam menghayati keindahan fenomena tersebut dengan cara merakam gambar, video dan sebagainya,” ujar Shahrin yang juga merupakan pengasas portal dalam talian, FalakOnline yang memaparkan pelbagai maklumat astronomi sama ada dari dalam mahu pun luar negara.

Tambah Shahrin, kebanyakan fenomena langit yang menjadi tumpuan adalah melibatkan kedudukan bulan dengan planet. Maklumat itu biasanya kurang diketahui masyarakat yang tidak mendalami bidang astronomi atau falak.

“Sebagai contoh, pada satu malam, kita dapat melihat bulan penuh. Di sebelahnya pula terdapat sebutir bintang yang bersinar terang. Bagi orang awam, mereka pasti menganggap ia hanya sebutir bintang seperti gugusan bintang lain yang ada.

“Namun, hakikatnya bintang terang yang dapat dilihat itu merupakan sebuah planet seperti Zuhal atau Musytari. Itu antara ilmu yang boleh dipelajari jika mereka mengikuti kalendar almanak yang telah disediakan,” jelas Shahrin yang berpengalaman dalam dunia astronomi tempatan selama dua dekad.

Selain itu, masyarakat di Malaysia boleh menyaksikan fenomena meteor turun ke Bumi yang akan berlaku pada bulan-bulan tertentu atau disebut juga sebagai bermusim.

Selepas juraian meteor Quadrantids pada 3 dan 4 Januari lalu dengan kadar 40 meteor dalam tempoh satu jam (40/sejam), terdapat juga meteor Eta Aquarids pada bulan Mei (10/sejam), Perseids (Ogos, 60/jam), Orionids (Oktober, 20/sejam), Leonids (November, 40/sejam) dan Geminids (Disember, 60/sejam).

“Tahun ini juga peristiwa Istiwa’ matahari di atas Kaabah akan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. Kedua-duanya terjadi tepat pukul 5.28 petang waktu tempatan.

“Melalui fenomena ini iaitu kedudukan matahari berada tegak di atas Kaabah di Masjidil Haram, Mekah, ia akan memudahkan dan memberi peluang kepada umat Islam memeriksa kembali arah kiblat yang betul di lokasi masing-masing,” terang Shahrin lagi.

Hampir kesemua fenomena langit yang akan berlaku sepanjang tahun ini boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu kepada peralatan astronomi seperti binokular atau teleskop.

Bagaimanapun, di lokasi tertentu faktor cuaca dan pencahayaan memainkan peranan dalam menentukan sama ada kejadian itu boleh dilihat dengan baik atau sebaliknya.

Sila rujuk jadual almanak Astronomi agar kita bersedia untuk melihat perkara menarik yang akan berlaku sepanjang 2013.



Thursday 18 October 2012

Rahsia disebalik simbol bulan sabit dan bintang



Pendahuluan
Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu? Adakah Rasullulah S.A.W dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya TIDAK!
Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama IslamAl-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijauatau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang. Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniah. Penaklukan Kota Istanbul (Kota Islam)
Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniyyah
Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera Kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama. Ekoran daripada keluasan wilayahnya yang luas merangkumi tiga benua dengan kepelbagaian peradaban yang ada di dalamnya. maka simbol bulan sabit digunakan sebagai METOPHORA untuk melambangkan posisi tiga benua itu. Sebelah hujung yang satu menunjukkanBenua Asia yang ada di Timur, hujung lainnya mewakili Benua Afrika yang ada di bahagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropah. Manakalalambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi namaIstanbul yang bermakna: Kota Islam.
Dewi Artemis merupakan simbol bulan sabit bagi kaum Nasrani
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God). Sabda Rasullulah S.A.W :
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”
Asal-usul simbol bulan sabit dan bintang
Dewa
Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri. Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.
Jacques De Molay
Lagenda Jaques De Molay
Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason! Cuba lihat simbol logo Freemason yang digunapakai oleh puak Jacques DeMolay. Kini simbol ini dikenali sebagai simbolDeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Ia diambil dari Grand Master of The Knight Templar terakhir  iaitu Jacques de Molay (1240/1250 – Mac 1314) yang berkhidmat kepada Raja Philip IV bermula dari 20 April 1292 sehingga ia dibubarkan dengan perintah Paus Clement V pada tahun 1312.
Simbol bulan sabit dan bintang pada logo Freemason
Matlamat beliau sebagai Grand Master adalah untukmembuat reformasi dan menyesuaikan dengan keadaan di Tanah Suci selepas Perang Salib. Namun begitu, beliau telah difitnah dan dihukum bunuh kerana menentang kerabat raja. Untuk mengembalikan kegemilangannya, De Molay telah diangkat dan diagungkan sebagaiLAGENDA kepada pengikut Freemason. Lihatlah betapa licik dan halusnya pihak Yahudi dan Nasrani menusuk jarum ke dalam MINDA umat Islam agar lalai dan alpa tentang asal-usul simbol bulan sabit dan bintang yang dijadikan IKON agama ISLAMJika kita terus hanyut dibuai dongeng dan lagenda berkaitan simbol ini maka ia secara tidak langsung menjerumus kita ke arah PENYEMBAHAN BERHALA SECARA LANGSUNG DI BAWAH SEDAR. Na’uzubillahi min zalik……
Peranan Umat Islam
Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU”bukan? Sejak kejatuhan institusi khulafah Uthmaniyyah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya! Jika kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatuFATAMORGANA yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh DAJJAL melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Kemunculan Dajjal akan menguasai dunia dengan tipu daya yang nyata
Kini kita menjadi BUTA HATI dan BUTA MINDAdalam mengenalpasti manakah yang berpaksikan AJARAN ISLAM dan manakah yang berpaksikan AJARAN KUFFAR? Tiada satu mata pun dikalangan umat Islam yang mengetengahkan ISU ini kerana merasakan ianyaREMEH? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul? Atau kita yang JAHIL
Ingatlah bahawa;
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), DAN TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”.
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik“.
(Surah Al-Hijr : Ayat 39 – 40)
Kesimpulan
Oleh kerana kejahilan dan kenaifan umat Islam, simbol bulan sabit dan bintang diambil dan dijadikan SIMBOL BENDERA negara Islam secara meluas. Hinggakan MINDA umat Islam seperti dipukau atau dikawal secara sistematik. Hatta kita, akan melenting jika simbol ini dipijak atau diletakkan pada tapak kaki. Seolah-olah simbol ini SETANDING DENGAN TUNTUTAN AJARAN ISLAMyang melarang perkataan ALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W tidak dibawa ke tempat yang boleh merosakkan IMEJ ISLAM
Lihatlah betapa malangnya bila di sekeliling kita sekarang ini simbol apakah yang diagung-agungkan seperti di kubah masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam? Lambang apa yang digunakan? Kita seolah-olah telah didoktrin oleh masyarakat Islam yang jahil tentang asal-usul simbol ini. Mereka cuba menggambarkan kepada kita simbol ini adalah LEGASI WARISAN ISLAM. Hinggakan jika tiada simbol ini di surau, musolla, pasantren, masjid dan pusat Islam macam TIDAK SAH SOLAT KALAU TIDAK ADA LAMBANG INI.
Jika dilihat di sekeliling kita sekarang, hampir di kebanyakan masjid mempunyai simbol ini. Sedangkan yang PASTI simbol ini sebenarnya adalah warisan dari kaum YAHUDI  dan NASRANI yang gigih menjalankan usaha mereka untuk menyelewengkan AQIDAH umat Islam dari menyembah Allah S.W.T yang MAHA ESAMarilah kita sama-sama SEBARkan MESEJ ini agar kita tidak lagi asyik-masyuk TIDUR DIBUAI MIMPI PALSU…….
Kejahilan dan kenaifan umat Islam terbukti pada bendera rasmi negara di mana simbol bulan sabit dan bintang dijadikan sebagai simbol IKON NEGARA
“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkanmereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”
 (Surah Yusuf : Ayat 106)
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”
(Surah Yusuf : Ayat 108)
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar)”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 120)

Rahsia CHESS

 Pengenalan


Catur adalah sejenispermainan berpapan, rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara dua pemain. Permainan ini telah mengalami transformasi secara berterusan bermula dari tempat asalnya di India hinggalah ke Eropah bermula separuh abad kedua pada abad yang ke-15. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan competitif di dalam kelab-kelab, pertandingan, online, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi dan berkaitan dengan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi diJapan, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.
Catur dimainkan pada papan bersaiz 8×8 petak, memberikannya 64 petakyang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 buah catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak (pawn), dua satria (knight), dua gajah(bishop), dua tir (rook), satu menteri (queen)  dan satu raja (king). Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.
Kini permainan catur adalah permainan yang paling popular di dunia. Ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak ; kerana sebagai suatu ”seni mempertahankan diri menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda”.
Chaturanga merupakan salah satu daripada permainan catur terawal ditemui di India
Sejarah Permainan Catur
Permainan catur menurut Wikipedia pertama kali ditemui di Parsi dan Arab. Perkataan ‘chess’ itu sendiri berasal dari‘Chaturanga,’ perkataan yang dalam bahasaSanskrit bermaksud‘empat bahagian tentera’.Nama itu sendiri datang daripada pembentukan pertempuran dalam epik Mahabharata yang terkenal di India. Chaturanga adalahpermainan simulasi perang untuk menunjukkan kuasa strategi tentera India pada masa itu. Kini, Chaturanga telah tersebar di seluruh dunia dengan pelbagai varian permainan sampai kemudian kita tahu ia seperti permainan sekarang.
Permainan ini pada mulanya merebak ke Timur Jauh dan India, dan menjadi salah satu pengajaran masyarakat Parsi dalam keluarga diraja dan golongan bangsawan. Pemimpin agama Buddha, pedagang yang merentasi di Jalan Sutera mula memperkenalkan papan catur untuk permainan ini. KemasukanChaturanga ke Eropah melalui Parsi Kerajaan Byzantine, dan merebak ke Empayar Arab. Selepas itu orang Muslim membawa permainan catur ini ke Afrika Utara, Sicily dan Sepanyol pada abad ke-10.
Permainan ini telah menjadi popular di Eropah. Dan, di akhir abad ke-15, permainan ini terlepas dari senarai permainan yang dilarang Gereja. Dalam zaman moden banyak terdapat bahan rujukan buku-buku catur, maka menggunakan jam catur, dan beberapa peraturan permainan dan pemain yang hebat.
Kristianisasi Dalam Permainan Catur
Catur dijadikan permainan khusus kepada golongan bangsawan di Eropah
Secara kebiasaannya apabila orang Islam membeli permainan catur, kita akan mematahkan simbol salib pada buah“King”. Simbol ini dipatahkan adalah bertujuan untuk tidak mahu menonjolkan imej dan identiti kristianterhadap permainan tersebut. Namun begitu, kita hampir terlupa bahawa terdapat satu buah catur lagi yang perlu dipatahkan oleh kita sebelum memulakan permainan iaitu buah“Bishop”.
Di dalam permainan catur, buah “Bishop” hanya boleh digerakkan secara 45 darjah dari kedudukannya. Walaupun ia boleh bergerak ke atas dan ke bawah sahaja tetapi pergerakkannya mestilah pada kadar 45 darjah daripada tempat asal. Buah“Bishop” juga merupakan buah yang setaraf dengan buah “King” atau“Queen” pada bahagian bawah sekali dan jika pemainnya seorang yang mahir, ia berupaya menjadi perangkap kepada buah “King” bagi melakukan langkah “Checkmate”.
Permainan catur mula memasuki Eropah melalui Parsi semasa penyebaran pengaruh Empayar Byzantine dan pengembangan Empayar Arab. Permainan ini dianggap dikaitkan dengan kehormatan dan kebudayaan tinggi, sehingga beberapa papan catur dibuat dari bahan istimewa dan berharga tinggi.
Medan latihan minda oleh pemikir ketenteraan dan kerabat diraja
Oleh kerana permainan ini dikaitkan dengan nilai sosial yang tinggi makaPeter Alfonsi (Petrus Alphonsi) iaitu seorang penulis, ahli astronomi Yahudi Sepanyol dan polemicist beragama Kristian. Beliau telah menggabungkan catur kepada tujuh kemahiran yang mesti dimiliki oleh seorang pahlawan (kesatri) di Clericalis Disciplina miliknya. 
Susulan daripada tindakan tersebut, timbul cadangan untuk menggunakansimbol-simbol dan pegawai-pegawai tentera di dalam permainan catur. Ia diikuti dengan penggunaan simbol raja dan permaisuri di dalam permainan ini. Senario ini berlaku disebabkan oleh minat raja-raja di Eropah terhadap permainan catur. Contohnya Raja Henry I, Raja Henry II dan Raja Richard I dari England adalah penaung permainan catur. Minat ini bukan sahaja kepada raja-raja di England malah tersebar di dalam pemerintahan Raja Alfonso X (Sepanyol) dan Raja Ivan IV (Rusia).
Penggunaan simbol raja, pahlawan dan keagamaan dalam permainan catur
Apabila gereja mengeluarkan larangan terhadap pelbagai permainan dalam masyarakat, catur terlepas dari disenarai hitamkan. Walaupun St. Peter Damianmengumumkan permainan ini akan mengekalkan kesan-kesan buruk kepada masyarakat. Tetapi ianya disanggah oleh Bishop Florenceyang mempertahankan permainan ini kerana ia melibatkan kemahirandan “bukan seperti permainan lain.” Ekoran daripada tindakan Bishop Florence mempertahankan permainan ini daripada disenarai hitamkan oleh pihak gereja, buah catur(gajah) telah dinamakan sebagai “BISHOP bersempena kedudukan jawatannya untuk diabadikan sumbangannya di dalam lipatan sejarah kewujudan catur di Eropah. Akhirnya dalam abad ke-12, anak catur mula kekal, untuk menjadi raja (raja), ratu (queen), gajah (biskop), kuda (kesatria)dan istana (Rooks). Bidak (Pawn) telah mula dihubungkan dengan infantri.
Pope Benedict xvi memakai Papal Tiara semasa mengetuai upacara keagamaan Kristian
Papal Tiara
Jika kita melihat buah “Bishop” pada bahagian kepala atau atasnya, kita akan melihat simbol Pope secara abstrak. Ini kerana jika diamati pada bahagian kepala buah “Bishop” tersebut, kita akan mendapati buah“BISHOP” ini sebenarnya adalahsimbolik kepada topi yang dipakai oleh Pope ketika upacara-upacara keagamaan Kristian. Di dalam agama Kristian Katholik, topi yang digunakan oleh Pope dikenali sebagaiPapal Tiara.
Papal Tiara juga dikenali sebagai Triple Tiara atau dalam bahasa Latin sebagai‘Triregnum’, dalam bahasa Itali sebagai‘Triregno’ dan sebagai ‘Trirègne’ dalambahasa Perancis yang merupakan sebuah mahkota bertatah hiasan permata tiga tingkat. Kononnya berasal dari Byzantine dan Parsi yang merupakan simbol terkenal Pope (prominent symbol of the papacy).
Permainan Catur Dari Perspektif Islam
Terdapat laman-laman web yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian (seperti Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan Islam mengharamkan permainan catur.
Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan hadis-hadis berkaitan dengan permainan catur tetapi apa yang nyata adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri Parsi.
Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur.Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan (sama seperti dadu) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).
Sahabat-sahabat lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas Khulafa al-Rasyidin seperti Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisham bin Umrah, dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas kebenaran adalah catur tidak melibatkan pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan strategi.
Pandangan Mazhab Terhadap Permainan Catur
Permainan catur adalah sejenis permainan klasik yang masih lagi popular sehingga ke hari ini. Adakah permainan catur suatu bentuk perjudian? Sekiranya permainan catur ini disertakan dengan pertaruhan wang atau hartabenda, semua fuqaha’ bersetuju bahawa ia adalah judi dan hukumnya adalah HARAM. Sebaliknya, ulama’ berselisih pendapat mengenai permainan catur yang tiada sebarang pertaruhan wang. Pendapat di dalam empat mazhab adalah seperti berikut:
  • Hanafi : tidak dibenarkan, yakni haram.
  • Maliki :  tidak dibenarkan, yakni haram.
  • Shafie : ianya makruh, bukannya haram; dengan syarat permainan tersebut tidak melengahkan dari solat pada waktunya, tiada pertaruhan wang, dan tidak bercakap perkara yang buruk dan keji.
  • Hanbali : catur sama seperti nard (sejenis permainan berpapan seperti catur yang menggunakan buah dadu sebagai taruhan nasib) dari segi hukum yakniharam, walaupun nas yang jelas adalah tentang nard sahaja. Hukum catur dikiaskan kepada hukum nard.
Pandangan Jumhur Ulama
Jumhur ulama’ yang mengharamkan catur menyandarkan hujjah mereka kepada umum ayat 90-91 dari Surah al-Maidah mengenai pengharaman arak dan judi dengan alasan catur boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah dan boleh menyebabkan permusuhan sesama pemainnya.Terdapat juga beberapa hadith dan athar yang dikemukakan untuk menyokong hujjah jumhur, namun kebanyakan dari hadith ini adalah lemah. Jumhur juga menggunakan kaedah qiyas terhadap pengharaman nard, dari segi melalaikan dan boleh membawa kepada pertaruhan dan permusuhan. Namun begitu An Nawawi mempersoalkan ketepatan kaedah qiyas dalam hal ini kerana beliau berhujjah bahawa catur berbeza dari nard kerana catur banyak bersandarkan pemikiran, pengiraan dan penilaian; sedangkan nardbersandarkan kepada nasib semata-mata.
Pandangan Ulama Muktabar
Wajah seorang ulama dan pemikir Islam tersohor
Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut dijaga oleh pengamalnya.
Namun tentang kebolehannya ini dipersyaratkan dengan tiga syarat:
  1. Tidak boleh menunda-nunda sembahyang (leka), sebab perbuatan yang paling bahaya ialah mencuri waktu.
  2. Tidak boleh dicampuri perjudian atau wang pertaruhan.
  3. Ketika bermain, lidah harus dijaga dari bercakap kotor, cabul dan menghina pemain.
Kesimpulan
Walaupun begitu, penggunaan simbol-simbol catur yang menyerupai unsur-unsur Kristian oleh umat Islam tidaklah sampai ke tahap jatuh AQIDAH.Jesteru itu, tindakan mematah-matah unsur Kristian pada buah catur adalah usaha diri kita sendiri di dalam membuktikan sifat sensitif umat Islamterhadap persekitaran sosial. Namun begitu, kita sebagai umat Islam perlulah peka dan mengambil pendekatan berwaspada agar kita tidak terlalu teruja dengan dakyah-dakyah pihak tertentu yang memutarbelit fakta berkaitan catur. Jadikanlah segala pandangan dan huraian para ulama sebagai panduan hidup kita. Sebarkanlah maklumat ini untuk pedoman kita bersama…
Sumber Rujukan :

Rahsia Coca Cola

    Pendahuluan

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE : KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886.
Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun begitu hasil usaha dan strategi pemasaran yang bijaksana oleh usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan olehRobert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja.
Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali “7X” yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui “X” itu merujuk kepada apa. Walaupun begitu adalah dipercayai pekerja Coca-Cola telah mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik ke atas resipi Coke. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahli sains pemakanan melalui kaedah yang moden mampu mengenalpasti komposisi produknya yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.
Resipi Merchandise 7X Flovaring
 Resipi minuman tersebut telah ditemui oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, terus menjadi misteri. Mesteri ini hanya terjawab apabila sebuah gambar seseorang memegang buku dengan resepi yang didakwa sebagai replika yang tepat daripada Pemberton’s yang disiarkan olehAtlanta Journal – Constitution pada 8 Februari 1979Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca-Cola yang dinamakan “Merchandise 7X Flavoring”. Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, ia dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut. Merujuk kepada petikan sumber di dalam artikal bertajuk“Original Recipe” yang diterbitkan oleh This American Life menceritakan maklumat berikut:
“Kami tidak mendakwa bahawa kita telah menemui resipi yang digunakan hari ini untuk Coca-Cola. Kami percaya kami mendapati resipi yang sama ada resipi asal yang dibuat oleh pencipta CokeJohn Pemberton, atau versi Coca-Cola bahawa dia dibuat sama ada sebelum atau selepas produk berada di pasaran pada tahun 1886. Kami percaya bahawa kerana ia didapati di dalam buku sahabatnya, pada halaman yang bertajuk “Coco-Cola resipi bertambah baik,” dan kerana ia dijumpai dalam buku nota Pemberton sendiri, di arkib Coca-Cola.”

 Coca-Cola Haram
Kesan daripada penyiaran artikel mengenai Coke mengandungi ekstrak daripada komponen babi yang disiarkan dalam Akhbar Al-Riyadh pada 20 Ogos 2006 telah menyebabkan kebanyakan orang ramai cuba mengelak dari membelinya. Ia diburukkan pula dengan penemuan kandungan kimia yang berbahaya seperti karbonat berlebihan dan sebagainya. Senario ini bertambah kronik apabila hasil semakan mendapati Coke ini adalah produk Yahudi dan mereka yang menyokong dan membiayai aktiviti-aktiviti pengganas Israel.
Isu pengambilan Coke yang keterlaluan menjadi topik hangat di seluruh dunia
Namun begitu, hasil penyelidikan saintifik dan perubatan yang dijalankan oleh Dr. Mangoshada, Ketua Pusat Sains Dan Teknologi, Universiti Delhi di India telah membuktikan bahawa minuman Coke membawa kepadapenyakit kanser kerana unsur utama yang diambil dari usus babi. Ini kerana ia adalah satu-satunya haiwan yang memakan kotoran, tahi dan air kencing yang membawa kuman maut dan mikrob. Hasil kajian juga mendapati kesan meminum Coke boleh membawa kepada kadar jantung lebih cepat dan tekanan rendah. Hanya dengan meminum 6 botol Coke dalam satu masa, ia boleh menyebabkan kematiansegera.
Hina Islam
Muslihat musuh dalam menjajah dan menjahanamkan minda umat Islam
Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya. Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan“Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “.Astazfirullah…. Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS.Nauzubillahi minzalik…. Jesteru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kitaMEMBOIKOT dan MENGHARAMKANminuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah….. Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasraniyang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia. Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM. Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha MEREKA telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi  tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM melalui peperangan. Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.
10 Kegunaan Coca-Cola
Berdasarkan kepada kajian  santifik yang dijalankan oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenaikebaikan dan keburukan minuman Coca-Cola (Coke). Kajian ini meliputi sektor peruncitan, bahan “household”, restoran, bengkel dan persekitaran kehidupan manusia seperti berikut :
  1. Sektor Makanan (Untuk merebus) : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.
  2. Sektor Pembersihan (Untuk mencuci tandas) : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesankotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun sudah habis. Rasa-rasa buat sabun badan, boleh tak?
  3. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome) : Gilapkan bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang.
  4. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta) : Tuang saja setin Coke pasti kesanhakisan hilang serta merta.
  5. Sektor Kejuruteraan (Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat) : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
  6. Sektor Pencucian (Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian) : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
  7. Sektor Pencucian (Untuk mengelap cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit) : Celup tuala dengan Coke dan lap. pasti bersih. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia bolehmeleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
  8. Sektor Pencucian (Untuk memcuci bahagian enjin lori/trak) : Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakitosteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau “Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.
  9. Sektor Makanan (Untuk meningkatkan kemanisan minuman) : Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba  bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula itu di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo dan F&N.
  10. Sektor Perubatan (Untuk melebur) : Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24 – 49 jam. Kepada sesiapa yang sakit gigi cubalah cara ini, agaknya-agaknya gigi itu pun boleh hilang. (Sila lihat klip video di atas)
Kesimpulan
Faktor kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini. Merujuk kepada Sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA)telah membuat kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir segala bidang kehidupan.
Sungguhpun jumlah umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Ditambah pula kalau dinilai secara individu, ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa, malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka. Islam mewajibkan umatnya bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi, China, Jepun, Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.
Inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakansehinggakan rata-rata masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari masyarakat bukan Islam. Sedangkan dengan jumlah umat yang ramai, kita boleh mengambil tindakan drastik untuk MEMBOIKOTatau MEMPROTES semua produk Yahudi bukan sahaja COKE tetapi merangkumi semua jenis produk harian yang terbukti HARAM.
Sehubungan itu, kita perlulah bersatu HATI dan MINDA untuk meneraju perjuangan ini dalam mengeratkan tali silatulrahim dan ukhuwah sesamaISLAM. Ini kerana hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T dengan mafhumnya :
“ Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada padadiri mereka sendiri.”
(Surah Arra’d - Ayat 11)

Sumber Rujukan :

Saturday 13 October 2012

20 perkara yang pelik, aneh dan misteri 2012


Amaran penulis; Kita sekadar perlu mengetahui tetapi tidak seharusnya mempercayai segala-segalanya...
Namun perhatikan juga di balik fakta-fakta aneh ini terkandung fitnah akhir zaman.
  1. 2012 arahan Roland Emmerich bukanlah satu-satunya filem Bolkbuster yang dibikin untuk ditayangkan, masih terdapat 2 buah filem lagi dengan judul 2012 : The War For  Souls arahan Micheal Bay  (pengarah filem Transfomers) menanti atau ditangguhkan tayangannya – menjadi tanya tanya; lihat trailer-nya. Sementara itu ada sebuah filem 2012 dari pengarah yang sama karya Roland Emmerich Pengarah lebih dahsyat, ngeri dan suspens, dengan penampilan pelakon Will Smith (apakah ini sequel filem The Independence Day). Persoalan bila pula filem ini hendak ditayangkan atau apa kesudahan karya ini? (lihat trailer-nya di sini).
  2. Dalam filem 2012 Makkah tidak dipilih sebagi lokasi yang dimusnahkan. Pengarah Roland Emmerich dikecam kerana tidak berani menggambarkan kehancuran Makkah tempat suci umat Islam. Sementara tempat peribadatan Vatican digambarkan kehancurannya. Dia mendapat kritikan hebat sehingga digelar penakut, lihat pautannya di sini.
  3. Yang benar dan hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 26,000 tahun.
  4. Kaum Maya telah  mengetahui tentang fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
  5. Ada sebuah Planet ke-12 yang digelar oleh Zechariah Sitchin dalam bukunya “The Twelfth Planet” atau Nibiru akan mendekati orbit bumi pada 2012. Ia dikatakan akan menghampiri bumi setelah melakukan pusingan orbit bujur, lihat pautan ini.
  6. Gambaran keseluruhan kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage) bermula dengan kemusnahan matahari ia bertepatan dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila matahari terbit dari barat.
  7. Imam Mahdi dikatakan akan muncul sekitar tahun 2012 – 2015. Banyak pendapat ini terbit dari kaum Syiah yang memang sedang menunggu Imam ke-12 mereka (tidak ada hadis sahih mengenainya).
  8. Agama dan kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di Arizona), Dogon (kaum asli Afrika)  dan I Ching ( kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi pada 2012. Apakah ia satu kebetulan?
  9. 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan dengan hadis kiamat.
  10. Tarikh sebenar berakhir era Mayan berdasarkan kitab purba kaum Maya Popol Voh adalah 22 Disember 2012 bukan 21 Disember (fakta rujukan dari Maurice Cotterell, penemuan J Erich Thompson) , kenapa memilih 21 Disember pada hari Jumaat?
  11. Munculnya The Shining One. Satu tanda tanya dari mana terbitnya ramalan kedatangan tokoh penyelamat yang diberi nama the Shinnig ones yang akan muncul bertepatan dengan kehancuran dunia 2012?  Lihat pautan ini.
  12. Berlaku perubahan era transisi spiritual. Inilah thesis Barbara Hand Clow bahawa tahun 2012 akan berlaku transisi spiritual. Lihat pautan ini.
  13. Komuniti New Agers menanti zaman Aquarian Ages. Zaman Baru yang dijangka berlaku selepas 2012 setelah satu kemusnahan besar terjadi. Lihat pautan ini.
  14. Dalam filem 2012 Presiden kulit hitam adalah Presiden Amerika yang terakhir.
  15. 5 filem kemusnahan dunia sebelum 2012; adalah  Terminator (kemusnahan akibat nuclear bom), Earth Stand Still (kemusnahan disebabkan alien), War of the World (kemusnahan disebabkan alien), Knowing (kemusnahan disebabkan matahai) dan Watchers (kemusnahan akibat nuclear bom).
  16. Alien akan turun ke bumi dan berlaku first contact manusia dengan alien. Berdasarkan penafsiran corp cicrles. Lihat pautan ini.
  17. Sebuah negara baru akan muncul pada 2012 negara yang digelar New Jerusalem.
  18. Nostrdamus meramalkan akan berlaku perang dunia ke III. Lihat pautan ini.
  19. Bible code ms 85. Ada mesej tersembunyi dalam bentuk kod berada dalam Bible Hebrew. Meramalkan pembunuha Yitzahak Rabin (nama pembunuh  Amir turut ditemui dalam kod itu), komet akan menghentam bumi. Lihat pautan ini.
  20. Apa yang disebut dalam kitab purba Maya bukanlah kemsunahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman dan era baru pada 2012. Tarikh kiamat yang disebut dalam kitab Popol Vuh mereka adalah pada 4772.